Cara Untuk Hadapi Hidup Walaupun Duit Susut | Normal bagi kita kalau akhir bulan je duit hampir habis. Biasa terjadi bila perancangan kewangan tak berjaya. Mula la hujung bulan makan maggi.

Tapi kena ingat. Rezeki, Jodoh, Ajal dan Maut itu kerja Tuhan.

Kami nak kongsi cara untuk hadapai hidup walaupun duit dah susut.

Cara Untuk Hadapi Hidup Walaupun Duit Susut

  1. Doa agar duit sentiasa ada.
    Bila keluarkan duit untuk bayar apa yang di beli, baca lah “Inna haza lazirquna maalahu minnafad” – 1 kali.
    Kemudian bila dapat duit baki, masa masukkan dalam wallet atau beg duit tu, baca surah Al-Fatihah.Insya Allah, hati takkan risau walaupun duti dah susut.
  2. Sentiasa bersyukur walaupun tinggal RM1
    Walaupun RM1, bila kita buka beg duit atau wallet, kita masih dikira sebagai kira ada duit. Rasa lega kan? Jadi, patutla bersyukur. Walaupun ada 10 sen.Bayar dengan senang hati. Jangan risau jika lepas tu duit tak ada. Jangan gelisah kerana Allah tahu apa yang terjadi pada kita.
  3. Setting minda kita, “Aku ada duit”
    Satu lagi perkara kita kena set kan minda kita, yang kita ni ada duit. Jangan set minda kita dengan perkara negatif kerana nanti kita yang gelisah.
  4. Bersedekah duit paling besar yang ada dalam beg.
    Bagi yang dah amalkan bersedekah pasti tahu hikmah bersedekah yang kita dapat setelah bersedak. Rezeki datang tanpa diduga.Ada lagi 1 cara yang di kongsi oleh ustaz. Jika dah nak habis duit. Cari 1 amount paling besar ada dalam beg duit atau wallet, sedekah la. Allah suka bila rezeki dari dia kita kongsi-kongsikan.

Betul ke ni? Boleh percaya ke?

Sebagai seorang muslim, kena percaya setiap usaha, perlu doa sebelum tawakal. Jadi ini la usaha kita dan doa yang kita perlu amalkan.

Dalam Al-Quran pun ada nyatakan, Surah Sad ayat 54.

Cara Untuk Hadapi Hidup Walaupun Duit Susut

Jadi ketahuila, rezeki itu rahsia Allah. Jangan bersedih. InsyaAllah ada rezeki lain datang walaupun kekurangan duit.

Rezeki ni luas. Rezeki makanan, rezeki kahwin, rezeki dipermudahkan dan macam-macam. Hanya kita kena tahu macam mana nak hadapi bila duit dah tak banyak untuk sara hidup akan datang..

Wallahualam. Semoga artikel ini bermanfaat.

Jangan lupa like fb kami www.fb.com/akuwanitaMY.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *